Sulit
3 tahun
Mata rasa gatal, pedih, kabur terutamanya waktu malam ketika bermin gajet
Saya wanita 17 tahun. Sudah lama aaya merasakan mata saya terasa gatal, pedih,panas dan sakit di mata berdekatan hidung dan apabila saya angkat kening, urat mata saya rasa tertarik terutmanya di bahagian berdekatan hidung. Saya merasakan hal tersebutt setiap hari terutamanya ketika bermain gajet. Apabila saya tutup mata, mata saya terasa kering dan pedih terutmanya di bawah kelopak mata. Juga, hujung mata kanan terasa bengkak dan tidak selesa.Namun, saya sudah menitis eye glo tapi terasa gatal. selain itu, saya juga merasakan kabur pandangan terutamanya waktu malam dan objek jauh di waktu siang.Apkah tindakan yg perlu saya lakukan doktor?Mohon penjelasannya. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah mata anda boleh disebabkan oleh kesan daripada paparan jangka panjang kepada telefon pintar. Akibatnya, mata anda menjadi kering dan mengakibatkan mata anda berasa sakit jika hendak dipejamkan.
Antara gejala dari mata kering adalah seperti berikut:
- Mata sakit atau tidak selesa
- Sensitif terhadap cahaya
- Terasa berpasir
- Terasa seperti terdapat bendasing di dalam mata
- Mata gatal
- Mata merah
- Kabur penglihatan
- Mukus bertali di dalam mata
- Mata berair
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.