Sulit
3 tahun
Excessive tears before going to bed
Hi, saya seorang lelaki yang berumur 17 tahun. Kondisi saya terjadi apabila sebelum nak masuk tidur . Soalan saya adalah, adakah air mata yang sering mengalir ketika hendak memasuki tidur ini adalah perkara yang serius atau biasa aja?
Mohon pencerahan doktor. Terima kasih…
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami gejala mata berair apabila hendak tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, punca-punca mata berair adalah seperti berikut :
- Keadaan bilik yang berhabuk ataupun terlalu sejuk
- Alahan
- Lampu atau skrin yang terlalu terang atau
- Masalah resdung
- Jangkitan kuman pada mata seperti konjuntivitis
Sekiranya masalah anda berpanjangan atau diikuti simptom-simptom seperti penglihatan kabur, sakit kepala atau demam, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian jika perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.