Sulit
3 tahun
Bedasarkan penyataan mata kering tadi (sakit kelopak mata)
terima kasih atas penjelasan, bedasarkan penjelasan doktor sebentar tadi, mata saya tidak ada sebatang gejala mata kering tersebut kecuali mata berair, tetapi tasa tidak berasa mata perit (penat) tetapi rasa merasakan tarikkan urat disebabkan contraction urat (rasa sakit tarikkan) itu mata saya mengeluarkan air kerana amat sakit. apakan solusinya? adakah hanya dengan makan pain killer atau ada solusi lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangi gejala tersebut adalah:
- Melembabkan mata dengan menggunakan air mata tiruan atau salep mata
- Tuammata anda dengan menggunakankain atau tuala yang telah direndam dengan air suam
- Scrub/urut kelopak mata secara rutin
- Merehatkan mata sebentar selepas beberpa ketika melihat komputer dan telefon
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.