
Sulit
2 tahun
Kelopak mata bengkak dan berlipat tiga
Hi doc, Lima hari lepas saya mengalami kelopak mata bengkak. Pada awalnya biasa sahaja, makin lama ia membesar dan terasa sedikit sakit. Kelopak mata juga berlipat tiga. Saya berumur 20 dan berkerja. Sila bantu, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengalami masalah bengkak kelopak mata, saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, masalah kelopak mata bengkak boleh disebabkan oleh:
- Ketumbit/Stye
- Jangkitan kuman pada kelopak mata
- Konjunktivitis
- Alahan
Memandangkan bengkak semakin besar dan sudah beberapa hari berlaku, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mendapatkan rawatan segera.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk konsultasi secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.