eyyashahira
2 tahun
Mata juling pada mata belah kiri
Hai doctor. Saya berumur 25 tahun. Saya mempunyai masalah mata juling. Ada yg kata juling air. Hal ini menyebabkan saya hilang keyakinan. Saya sering berjalan dengan memandang bawah bahkan apabila bercakap dgn orang pun saya elakkan untuk bertentang mata dgn mereka.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami masalah juling. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk makluman anda, juling boleh terjadi sekiranya:
- Bayi yang lahir pramatang
- Sejarah keluarga yang mempunyai masalah juling
- Penglihatan kabur yang teruk
- Penyakit sistemik seperti penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi
- Penyakit diabetes
- Kanser
- Trauma pada mata
- Jangkitan mata
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.