Sulit
2 tahun
Mata kena bucu kertas ketika lap kawasan hidung yg berminyak dengan kertas
Doktor,saya Hairi 27 tahun…saya baru saja koyakkan kertas dan lapkan wajah muka saya sebab mahu lap kulit yg berminyak di area semua muka termasuk hidung…apabila sampai dikawasan hidung,saya letak kertas yg berkoyak yg berbucu2 tajam hujung kertas apabila ditampal ke hidung…terus terkena buvu kertas hujung pada kelopak mata putih dan menyebabkan ianya menjadi urat merah pada mata kanan kawasan putih …
Sekarang saya rasa pedih dan ada kesan merah kecil terang …
Jadi doktor,adakah kelopak putih yang uratnya kena cucuk dengan bucu kertas akan hilang dan tumbuh kembali ? Maybe kedalam tusukan kertas dalam 0.1 cm doktor…
Adakah urat merah akan kembali tumbuh putih ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda
Untuk makluman anda, keadaan yang anda alami adalah perdarahan konjungtiva. Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa perdarahan tersebut hanya berukuran kecil, ia akan menjadi pulih dengan sendirinya dan keadaan mata anda akan menjadi baik seperti sebelum ini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.