Sulit
3 tahun
Migrain, tangan kanan menggigil, kaki kanan tersentap
Salam sejahtera Dr,
Saya wanita yang berusia 31 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.
Untuk makluman Dr, saya memang menghidapi migrain dan sejak bulan lepas saya dapati tangan saya akan menggigil bila memegang sesuatu barang atau perlu memberi tekanan pada tangan contoh : memicit botol sabun. Ianya tidak berlaku setiap hari tetapi ada ketika akan berlaku berlarutan sehingga hampir satu hari.
Perkara kedua, kaki saya kanan saya kerap tersentap ketika baring. Hampir setiap malam akan mengalami situasi ini.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan bagi permasalahan ini. Adakah ini adalah disebabkan kesan ubat migrain yang saya makan setiap hari atau ada kesan sampingan yang lain?
Terima kasih Dr.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan sama ada ia adalah kesan sampingan daripada ubat yang anda ambil tanpa mengetahui maklumat tentang ubat tersebut.
Secara amnya, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Periodic Limb Movement Disorder (PLMD)
- Anemia
- Sleep apnea
- Kesan sampingan beberapa ubat
- Kencing manis
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.