
Sulit
4 tahun
Miss v sakit akibat luka
saya wanita berumur 21. kalau faraj luka , boleh tak kalau sapu ubat gamat ke berbahaya pada miss V ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berikut merupakan langkah yang boleh anda lakukan.
Basuh kawasan luka dengan air suam sekali atau dua kali sehari
Jangan guna sabun yang berbau harum
Keringkan kawasan tersebut sebelum memakai pakaian
Gunakkan seluar dalam kapas dan seluar longgar
Oleh kerana kawasan tersebut adalah sangat sensitif, anda tidak digalakkan untuk menyapu ubat gamat pada kawasan tersebut. Akan tetapi, anda boleh ke farmasi atau berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan sapu yang lebih sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.