
hawabi
6 tahun
Nanah yang keluar dari seperti bisul dekat dubur saya
hi doc, saya 23 thn. saya malu nak bertanya tetapi masalah ini menganggu kehidupan harian saya. saya ada seperti nanah yang keluar dari seperti bisul dekat dubur sya. semalam masa di kolej saya susah utk duduk. adakah ini kanser dr?

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar sedang mengalami sejenis kondisi yang dikenali sebagai nanah dubur atau perinanal abscess. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman yang berlaku di bahagian dubur.
Selain daripada kondisi ini, kondisi anda juga mungkin disebabkan oleh kondisi-kondisi lain termasuk:
- Buasir
- Anal fistula (sejenis laluan yang menyambungkan kulit di luar dubur dengan usus)
- Anal fissure (kulit yang pecah di bahagian dubur)
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan simptom anda, anda mengalami nanah dubur atau dikenali sebagai “perianal abscess” .
Nanah dubur adalah keadaan yang menyakitkan di mana koleksi nanah berkembang berhampiran dubur. Kebanyakan nanah dubur disebabkan oleh jangkitan dari kelenjar dubur.
Keadaan ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan saluran dubur
- Penyakit kelamin
- Kelenjar dubur yang disekat
Simptom nanah dubur adalah sakit yang berdenyut-denyut yang menjadi lebih teruk apabila anda duduk, kerengsaan kulit di sekitar dubur, termasuk pembengkakan, kemerahan, dan kesakitan, pengeluran nanah, demam, dan sembelit.
Pembedahan adalah rawatan yang paling biasa untuk semua jenis nanah dubur.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang secukupnya.