Sulit
2 tahun
Pengsan selepas buang air besar
saya perempuan umur 16 tahun,pagi tadi saya sakit perut sangat macam sakit perut cirit birit,lepas saya keluar toilet saya rasa pitam dah gelap mata tetapi saya terus baring dan normal balik.Sebelum ni saya pernah juga jadi macamni tetapi saya pengsan.Ni dah kali kedua saya rasa macamni cuma kalini saya tidak sempat pengsan.Saya baru lepas vaksin dos pertama pada 5 hari lepas.Saya ada masalah gastric dan anxiety.Apakah masalah saya yang menyebabkan saya pengsan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemuyskilan anda. Terdapat banyak sebab yang menyebabkan seseorang itu pengsan. Berikut adalah antara sebabnya:
- Syncope atau pitam
- Masalah jantung
- Serangan strok
- Hyperventilation ataupun bernafas dengan terlalu laju
- Penurunan tekanan darah secara mendadak
Kami tidak dapat menjawab persoalan anda dengan begitu terperinci memandangkan ayah anda perlu diperiksa secara fizikal dan klinikal dan maklumat lanjut juga diperlukan untuk mengetahui punca sebenarnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.