Sulit
3 tahun
Penyakit buah pinggang dan darah kotor
Hai doc. Saya nak bertanya. Adakah penyakit buah pinggang dan darah kotor boleh sembuh sepenuhnya selepas membuat pembedahan ? Adakah peluang untuk hidup pesakit ini tipis ? Apa makanan dan minuman yg boleh diambil dan tak boleh diambil untuk pesakit ini?
Sekian terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, target rawatan untuk penyakit buah pinggang adalah untuk mengatasi gejala, mencegah kemungkinan komplikasi, serta mencegah keparahan penyakit buah pinggang. Tujuan tindakan ini adalah untuk menangani penyakit yang muncul akibat kerosakan buah pinggang supaya penurunan fungsi organ buah pinggang tidak bertambah buruk.
Pengambilan sebarang jenis makanan atau minuman sebaiknya perlu mendapat nasihat daripada doktor untuk memastikan ia sesuai dan diperlukan atau sebaliknya. Hal ini kerana bagi sesetengah orang sesuatu makanan atau minuman tertentu mungkin baik bagi mereka, namun tidak bagi sebahagian individu lain.
Kami tidak dapat memberikan jawapan untuk soalan anda kerana kami tidak tahu situasi keseluruhan kesihatan anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dan mendapatkan nasihat serta penerangan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.