Sulit

2 tahun

Penyakit kelamin dan seks bebas

doktor, saya berusia 29 tahun. pernah terlibat dengan aktiviti seks bebas.
sya sdh tidak melakukan hampir 4 tahun… tetapi telah melakukan sekli lagi stelah 4 thun. saya mndapati terdapat lendir jernih yang keluar bersama sedikit darah semasa saya mencuci nya selepas melakukan hubungan tersebut.

apakah tanda tersebut?

sebelum ini sya tidak perna melakukan test ujian pemeriksaan kesihatan ataupun pemeriksaan std?

ada ka sya perlu melakukan pemeriksaan tersebut? dan apa ka ujian yang patut sya lakukan terlebih dahulu untuk mengetahui satatus kesihatan kelamin sya?

dan sya mengalami temppoh haid yg sedikit iaitu selama 3 ke 4 hari sahaja setiap bulan… tetapi kitaran haid sya normal.

dan setiap bulan sblum haid… sya mgalami keputihan yg jernih kadang berwarna seperti susu.

baru2 ini sya merasa risau dgn masalah kesthn sya setelah terjumpa page ini.

sya risau sya mgalami penyakit kelamin.

dan sya ingin bertnya berapa ka kos untuk melakukan pemeriksaan std?

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda,lendir jernih bersama darah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah:

  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
  • Perimenopaus
  • Tisu endometrium
  • Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon

Seterusnya,STD bermaksud sexually transmitted disease atau jangkitan yang tersebar melalui hubungan seks. Hubungan seks meliputi seks melalui faraj, dubur dan oral. Jangkitan STD termasuk HIV,chlamydia, gonorrhea, sifilis, hepatitis B/C, HPV, herpes. Oleh itu, anda digalakkan untuk melakukan panel ujian STD yang meliputi jangkitan tersebut supaya anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih lengkap.
Biasanya, simptom-simptom penyakit atau komplikasi penyakit akan wujud sebelum 5 tahun.

Simptom-simptom STD secara umumnya termasuk:

  • Sakit semasa kencing
  • Sakit ari-ari bawah
  • Bendalir berbau keluar dari alat kelamin
  • Sakit semasa bersetubuh
  • Pendarahan di antara haid (wanita)
  • Sakit testis(lelaki)
  • Darah semasa kencing
  • Demam
  • Bintik-bintik atau ulser di bahagian kelamin

Dapatkan ujian yang lebih mudah dan selesa dengan kami di DoctorOnCall samada dari rumah atau di Hospital. Ketahui status anda dengan harga yang berpatutan !

Mengenai persoalan anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada penjelasan anda, kemungkinan besar lama haid anda selama 4 hari adalah masih normal.

Selain itu, keputihan sebelum haid sebetulnya merupakan hal yang normal terjadi selama siklus menstruasi. Hal ini terjadi kerana peningkatan hormon estrogen dan progesteron menjelang datangnya menstruasi.Sekiranya lendir tersebut berbau dan disertai gejala lain, seperti gatal atau nyeri pada vagina,maka anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.Kesimpulannya,keputihan sebelum haid merupakan kondisi normal yang tidak perlu dikhawatirkan.

Saya juga menyarankan jauhi seks bebas supaya dapat menghindari dirinya daripada masalah kesihatan seperti jangkitan penyakit STD,jangkitan saluran kencing yang berulang dan sebagainya.

Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

STD

HAPPY%20GIRL%201

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)