Anonymous
5 tahun
Pil perancang keluarga
Saya wanita berumur 32 tahun dan baru berkahwin pd 2bulan lepas. Buat sementara ni saya dan suami masih planning dlm untuk mendapatkan ank memandang pd perkahwinan pertama sya telah dikurniakan ank perempuan kembar. Saya ade sejarah bersalin secara pembedahan. Adakah selamat utk saya makan pil perancang kehamilan utk saya mengelakkan mengandung? Sebab sebelum ni saya tak pernah makan pil perancang keluarga
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang tidak boleh digunakan jika seseorang mempunyai kondisi berikut:
- Thrombophlebitis atau gangguan thromboembolic.
- Penyakit arteri Cerebro-vaskular atau koronari.
- Kanser payudara atau neoplasia yang bergantung kepada estrogen.
- Pendarahan alat kelamin abnormal yang tidak didiagnosis.
- Dikenali atau disyaki kehamilan.
- Tumor hati yang ganas
Untuk mengetahui jika pil perancang sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada doktor bertauliah kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih