Anonymous
5 tahun
Sakit dibawah ketiak
Hai, saya umur 24,wanita. Nak tanya, tahun lepas saya pernah jalani pembedahan lipoma di right axillary. Doc pernah terangkan, lipoma saya akan datang balik dalam masa setahun dua. Saya juga berisiko besar untuk dapat breast cancer kerana family history yang kuat (akak, adik mak & sepupu belah mak). Persoalan nya, saya sekarang sering merasa sakit di armpit belah kiri. Paling sakit bila saya buat kerja berat @ ada daya tekanan dikenakan…pernah dapatkan consultation dari klinik, di beri ubat rehatkan otot & vitamin saraf. Doc cakap kalau sakit masih ada dalam masa 2 minggu perlu datang lagi. Saya nak tahu, aakah sakit ni punca dari lipoma, radang otot atau sakit lain?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.