Sulit
2 tahun
Sakit Perut Berhari-hari Selepas Seks yang Pertama
Hello dr, saya(lelaki) dan pasangan(perempuan) baru melakukan seks 4 hari lepas. Pasangan saya mengadu sakit perut sejak selepas melakukan seks hingga hari keempat. Saya tidak memakai kondom tetapi tidak pancut didalam, adakah berkemungkinan bahawa dia mengandung atau sebagainya? Keadaan vagina pasangan saya juga sentiasa merasa ngilu ketika hendak kencing. Adakah juga berpunca daripada keganasan sewaktu seks?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang gejala sakit perut dan ngilu ketika hending kencing yang dialami oleh pasangan anda selepas melakukan hubungan seks. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, adalah masih terlalu awal untuk mengetahui status kehamilan pasangan anda. Namun, sekiranya ejakulasi tidak berlaku di dalam. Kemungkinan kehamilan berlaku adalah rendah.
Gejala sakit perut dan ngilu ketika hendak membuang air berkemungkinan adalah kesan kecederaan selepas hubungan seksual yang dilakukan. Namun, punca lain seperti jangkitan saluran kencing juga boleh menyebabkan gejala ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk pasangan anda kepada doktor agar maklumat lanjut boleh diberikan dan pemeriksaan atau ujian boleh dilakukan jika perlu.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi dengan doktor secara atas talian. Terima kasih.