
Sulit
4 tahun
Sakit tengkuk apabila baring, melihat handphone atau laptop dalam masa lebih dpd 30minit
Hi, saya berumur 43 tahun. Sejak 2 bulan ke belakangan ini saya kerap sakit tengkuk di bahagian belakang. Sakit tengkuk ni berlaku jika saya baring atau saya bangun dari tidur. Ia juga akan menyerang apabila saya lihat handphone dalam masa yg agak lama atau buat kerja menggunakan laptop. Kadang2 sakit tengkuk ini menyebabkan tengkuk saya rasa panas, sedikit kebas. Melarat juga di bahagian bahu. Saya tiada simptom sakit kepala akibat dpd sakit tengkuk ini. Saya mengguna bantal neck pro tetap tiada perubahan. Sakit tengkuk ini akan baik jika saya buat kerja rumah seperti biasa asalkan saya tidak baring atau melihat handphone/laptop terlalu lama. Saya sudah berjumpa doktor. Ubat yg saya dapat just plaster dan ubat sapu (jenis panas). Ubat sapu itu agak melegakan sakit tengkuk saya. Mintak pandangan doktor dengan masalah yg saya alami ini

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit tengkuk apabila berbaring terlalu lama adalah perkara yang nomal tetapi ia boleh menjadi tidak normal jika anda mengalami simptom seperti berikut:
- kesakitan yang melampau atau berterusan
- rasa panas di bahagian tengkuk
- loya, mual dan muntah
- terdapat bunyi yang aneh pada pergerakan
Jika anda mengalami mana-mana simptom yang rujuk di atas, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali ataupun pakar tulang. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan tengkuk sakit termasuk:
- gangguan muskuloskeletal (i.e. sprained muscle)
- jangkitan kuman
- gangguan saluran limfa
- gangguan saraf
- dan lain-lain
Justeru buat sementara waktu anda disarankan untuk
- meneruskan pengubatan yang telah diberikan
- memastikan posisi kepala, leher dan badan berada pada posisi yang ergonomik ketika rehat
- tidak lagi meneruskan tabiat lama (i.e. baring sambil melihat gadget)
- boleh melakukan neck stiffness exercise sedikit demi sedikit
- dan sila ke doktor sekiranya gejala tidak hilang atau semakin bertambah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.