Sulit
3 tahun
Muscle spasm or twitching
Hi doc. Adalah muscle spasm ni boleh berlaku pada semua bahagian badan yg berotot? Bahagian manakah yang boleh berlakunya muscle spasm? Adakah normal jika ia berlaku pada bahagian hidung atau mata atau mulut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, muscle twitching dan muscle spasm (kekejangan otot), kedua-duanya merupakan kontraksi otot yang tidak disengajakan, walaupun tidak sama. Kekejangan otot adalah kontraksi sementara yang mungkin berlaku berulang kali. Ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa tetapi biasanya tidak menyakitkan. Kekejangan otot adalah kontraksi berpanjangan yang boleh menyebabkan kesakitan.
Muscle twitching kadangkala tidak disedari. Kebiasaannya. ia merupakan hal yang biasa dan normal. Namun, ia juga boleh menjadi antara tanda-tanda gangguan sistem saraf. Penyebab muscle twiching di daerah wajah atau pada mata, yang paling biasa adalah tekanan (stress), keletihan, dan kafein. Untuk mengurangkan gejala ini. anda boleh mencuba untuk mengehadkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, dan dapatkan tidur yang mencukupi.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.