Sulit
3 tahun
Sakit bahagian punggung sebelah kanan
Saya berumur 35 tahun baru baru ini saya Sering mengalami sakit Di bahagian punggung sebelah kanan saya… Rasa sakit Sering terjadi apabila saya berdiri atau berjalan… Dan apabila kaki saya mula memijak saya akan merasa sakit Di bahagian tumit kaki saya… Dan berlanjutan dengan rasa sengal Di bahagian kaki kanan saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegelisahan anda tentang sakit pada bahagian punggung kanan dan tumit yang dialami lebih-lebih lagi ketika duduk. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit pada kawasan punggung, kaki dan tumit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- berat badan berlebihan
- kerap mengangkat beban berat
- ketegangan otot
- repetitive strain injury
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- kecederaan atau radang sendi
- jangkitan kuman
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.