Sulit

2 tahun

Kejung kaki pada bahagian paha

As’mualaikum, saya baru sahaja berumur 21 tahun… Saya nak tanya sebab dan cara nak hilangkan rasa sakit kaki kejung dari peha… Hari tu saya ada dapat denda squat 100 kali secara laju tanpa apa - apa senaman… sekarang sudah hari ke 4 rasa kejung dekat peha sehingga saya sukar ingin naik / turun tangga.

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, Kekejangan otot adalah keadaan di mana berlakunya pengecutan otot yang tidak terkawal secara tiba-tiba tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk relaks. Lazimnya, apabila berlaku kekejangan otot, otot akan terasa ketat dan mengalami kesakitan.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kekejangan otot termasuklah :

  1. Aktiviti regangan tidak mencukupi dan keletihan otot:
  2. melakukan senaman atau bekerja dalam suasana panas melampau
  3. dehidrasi
  4. kekurangan garam dan mineral (elektrolit)

Antara perkara yang boleh dilakukan apabila menangani masalah kekejangan otot adalah:

.

  1. Berhenti melakukan apa sahaja kerja atau aktiviti yang menyebabkan berlakunya kejang otot

  2. Lakukan regangan dan urutan dengan berhati-hati terhadap otot yang terlibat. Posisi regangan hendaklah dikekalkan sehingga otot pulih sepenuhnya daripada kekejangan.

  3. Berikan rawatan haba sekiranya otot terasa ketat, atau letakkan ais pada otot yang sakit.

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_288798610

Happy%20lady

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)