Sulit
3 tahun
Kejang di paha lebih dari 3 bulan
lelaki 38 thn, sy mengalami kekejangan di paha selama lebih 3 bulan, pada awalnya paha saya kebas manakala bahagian betis pula kejang, kemuadian hanya kejang di bahagian paha sahaja, saya tidak melakukan apa2 senaman sebelum berlaku. walaupun tidak menyakitkan tapi menjadi tidak selesa terutama jika perlu banyak bergerak dan ketika hendak bangun
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda sering kali mengalami kekejangan otot.
Kami akan cuba membantu.
Kekejangan otot boleh disebabkan beberapa perkara.
Antaranya,
Kekejangan otot kerap terjadi ketika kita melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas. Cuaca panas menyebabkan badan kita berpeluh.Pengeluaran peluh yang berlebihan mendorong kepada kekurangan nutrien dan mineral dalam badan sekaligus menyebabkan berlakunya kekejangan.
Segelintir orang mungkin tidak melakukan aktiviti fizikal namun nutrien dan mineral penting kurang dalam badan.
Selain daripada itu,keletihan pada otot akan mengubah aktiviti refleks saraf. Otot akan bekerja dengan lebih keras, menyebabkan kurang oksigen dapat disalurkan pada otot.
Himpitan pada saraf dalam tulang belakang anda juga boleh menyebabkan kekejangan di kaki.
Kami harap jawapan kami membantu dan jikalau masalah ini berlarutan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor atas talian.
Terima kasih.