Sulit
3 tahun
Sebelah badan tegang urat hingga ke kepala
Hi. Sy baru lepas angkat barang berat guna tangan belah kanan dn mengalami kejang urat. 5 jam kemuadian hingga hari berikutnya kaki rasa kebas sedikit tp tidak kuat. tangan dn bahu belah kanan lenguh, dan kepala belah kanan rasa tegang urat… apakah yg sy hadapi ini doctor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara contohnya tekanan, kecederaan atau irritasi pada saraf di bahagian tangan.
Antara punca berlakunya tangan kebas ialah seperti:
Kekurangan Vitamin B12 dalam badan
ketegangan otot terutamanya bekerja mengangkat barang yang berat
tersalah postur
jangkitan kuman pada otak (meningitis) yang lazimnya ada demam tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu anda disarankan untuk ke klinik berdekatan dan mendapatkan kesimpulan dan rawatan. Anda juga disarankan untuk rehat secukupnya untuk sementara waktu penyembuhan tengkuk anda. Elakkan postur duduk yang tidak baik terutamanya sewaktu menggunakan komputer atau telefon bimbit yang lama.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih