Sulit
3 tahun
Betis berasa lenguh dan sukan yang sesuai untuk saya
Saya remaja lelaki berumur 17 tahun, saya mengalami lenguh pada waktu sejuk di kawasan betis.Saya pernah terlibat dengan kemalangan dahulu . Di tulang fibula terdapat plat besi dan dua skru di ankle joint.Saya juga ingin bertanya kepada doktor , ada tak sukan yang sesuai dengan keadaan saya yang tidak boleh berlari kerana ada besi di bahagian kaki dan cara kurangkan lenguh pada waktu yang sejuk.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang lenguh pada betis dan ingin mengetahui sukan apa yang sesuai untuk anda amalkan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya aktiviti sukan boleh diteruskan oleh individu yang pernah mengalami operasi atau mempunyai besi pada tulang atau sendi. Namun begitu, individu tersebut perlu merujuk ke doktornya terlebih dahulu untuk memastikan kawasan kecederaan telah sembuh sepenuhnya dan lain-lain hal yang berkaitan.
Betis yang terasa lenguh boleh disebabkan oleh muscle fatigue atau kekejangan otot. Namun ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti radang otot/tulang atau jangkitan kuman.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.