Sulit
3 tahun
Effects Bicep tendonitis serious atau tidak?
Sya wanita berusia 25thun , sya mempunti masalah bicep tendonitis yg disahkan pakar orthopedic. Sya banyak buat research pasal benda ni . Sya ada keraguan . Adakah masalah ni mempunyai effects smpai ke siku dan jari . Sbb sya ada rasa ngilu2 tapi hnya kadang2 ja . Sya dah lama tak jumpa pakar sbb sya tiada di malaysia .
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, anda ingin mengetahui masalah bicep tendonitis boleh menyebabkan komplikasi kepada siku dan jari. Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, bicep tendonitis adalah keradangan pada tendon otot bicep yang menghubungkan bahu dan siku. Bicep tendonitis kebiasaannya berlaku disebabkan penggunaan otot yang berlebihan seperti melakukan aktiviti sukan berenang atau tennis.
Antara gejala yang boleh dialami oleh pesakit bicep tendonitis adalah kesakitan pada siku atau bahu, kelemahan dan kesakitan apabila ditekan.
Walaupun bicep tendonitis tidak menyebabkan gejala kepada jari anda, gejala yang anda alami boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian atau telekonsultasi supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih