Sulit
3 tahun
Rasa seperti oto berdenyut, muscle spasm, muscle twitching
Hi doc. Sewaktu sy menekan sedikit jari pada bahagian sebelah mata (bahagian ygseolah2 bukit sebelum mencapai ke puncak batang hidung) sy rasa seperti ada denyutan. Begitu juga pada bahagian tengah batang hidung. Adakah itu muscle spasm? Di manakah sebenarnya muscle spasm boleh berlaku doc, possible ke spasm atau denyutan tu berlaku di seluruh tempat yg mempunyai otot?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Sinusitis
- Polip di dalam hidung
- Sakit kepala akibat migrain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.