Sulit
3 tahun
Masalah sakit di bahagian tengkuk selama lebih setahun ketika konsentrasi
Saya adalah bekas pelajar spm.Saya mempunyai masalah nak konsentrasi dalam pelajaran akibat masalah yang dihadapi saya seperti sakit tengkuk di bahagian kiri dan kadang-kadang datang sekali dengan sakit kepala.Saya berfikir mungkin tension headaches tapi saya masih ragu2.Saya hanya mengalami masalah ini ketika saya ingin betul2 konsentrasi sahaja.Kalau relaks-relaks sambil tengok movie ia tidak menjejaskan saya.Mungkin bagi orang lain normal,tapi bagi saya tak…Secara tak langsung ia telah menjejaskan prestasi saya dalam peperiksaan.Oleh yang demikian juga saya tak suka berkonsentrasi betul2 pada sesuatu benda kerana hal yang dihadapi oleh saya.Rasa tengkuk tegang terutama di sebelah kiri.Harap doktor dapat membantu menyelesaikan masalah yang sekian lama saya hadapi ini.Semoga ada sinar.Terima kasih
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda yang sedang mengalami sakit tengkuk terutamanya ketika anda sedang berkonsentrasi. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara. Antaranya :
- Postur badan yang tidak betul
- Posisi badan yang tidak betul semasa tidur
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Kekejangan otot
- Masalah sistem saraf
Selain itu, masalah anda boleh juga berpunca daripada keresahan atau masalah tekanan yang mungkin anda alami terutamanya memandangkan anda baru selesai peperiksaan spm. Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan punca masalah anda yang tepat.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.