Sulit
3 tahun
Sakit urat sebelah sendi lutut kanan selepas berlari high pace tapi dah seminggu tak bersukan balik rumah terus duduk bersila sampai ke malam daripada petang
Semalamnya saya jogging agak high pace after sminggu tak bersukan. Kemudian saya rehat dan duduk bersila seharian sampai ke malam. Esok nya saya cuba jogging balik dalam 1km lepastu tiba tiba kaki start rasa sakit di bahagian sebelah sendi kanan apabila membengkok dan menghentak kaki. Bagaimana cara menyembuhkan dan apa sebab nya ye doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada sistem otot dan tulang anda, sakit sendi kanan selepas joging. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pada sendi semasa bersenam
- Kecederaan pada otot sekeliling sendi tersebut
- Keradangan sendi atau otot
Biasanya, ini akan terjadi jika bersenam berlebihan secara tiba-tiba. Penyembuhannya berbeza antara setiap individu, mungkin akan mengambil masa selama beberapa hari hingga satu minggu. Rehat adalah kunci penyembuhannya.
Selain itu, sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.