Sulit
3 tahun
Sakit tumit berdenyut
Saya umur 44 thun.dah 2 bulan saya sakit tumit.sebulan sebelum tu skli sekala je sakit tapi bulan kedua tu sakit je tumit rase berdenyut.kenapa ea doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit tumit kaki yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit tumit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan: Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Anda digalakkan agar anda menghubungi dan merujuk doktor berkaitan masalah ini memandangkan terapi kepada penyakit-penyakit diatas dapat terdiri atas ubatan dan juga terapi fizikal oleh profesional.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih