Sulit
3 tahun
Saya ada allergic ubat. Boleh saya ambil vaksin covid ni?
Hello doc… Saya ni ada asthma dengan ada allergic dengan beberapa jenis antibiotic. Saya nk tahu, boleh ke orang yang ada allergic ubat ni ambil vaksin covid? Ada kesan apa2 ke kalau saya ambil? Terima kasih doc.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mereka yang mempunyai sejarah allergi yang teruk boleh memaklumkan kepada doktor di hospital atau klinik berdekatan tentang keadaan yang anda hadapi dan individu seperti ini akan melalui penilaian pravaksinasi sebelum disahkan boleh atau tidak divaksinasi, serta vaksin yang sesuai.
Ini adalah seperti yang diterangkan di dalam infovaksinasi COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat nasihat dan penilaian tentang vaksinasi anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini