zulaikhashoib
3 tahun
Saya mengalami Sakit belakang Bahagian kanan Setelah Bangun tidur, sekarang sudah sakit dalam 5 Hari, Jadi Saya nak Tanya solusi pada doktor
Saya wanita berusia 22 tahun. Baru² ini saya mengalami sakit belakang Bahagian kanan Setelah Bangun tidur pagi Dan sudah sakit dalam 5 Hari dah, Dan ianya bertambah sakit, mungkin salah posisi tidur. Jadi apa solusi yang doktor akan bagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis cara menghilangkan sakit belakang pada zaman sekarang. Rawatan bagi sakit belakang adalah bergantung kepada punca sakit belakang tersebut.
Secara amnya, sakit belakang yang disebabkan oleh posisi badan yang tidak betul boleh disembuhkan melalui rehat yang secukupnya serta pengamalan posisi badan yang sesuai. Pesakit juga akan dinasihatkan untuk membuat senaman ringan setiap 1 hingga 2 jam untuk melegakan ketegangan otot di bahagian belakang. Ubat sapu dan ubat tahan sakit boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.
Bagi pesakit-pesakit yang mengalami sakit belakang yang lebih serius , mereka boleh dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk belajar senaman sakit belakang . Senaman-senaman untuk sakit belakang ini akan membantu membetulkan postur badan pesakit dan mengurangkan inflamasi dan kesakitan. Untuk pesakit-pesakit yang disahkan menghidap penyakit-penyakit lain yang lebih serius seperti jangkitan atau barah tulang belakang, mereka akan dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan yang paling berkesan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!