
Sulit
4 tahun
Saya rasa sayaa ada tanda-tanda kena panic attack
Syaa berumur 20 tahun. Saya ada mslh nak tido mlm. Sya slalu bila tak dpt tido fikran serabut. Sya jadi bnyk fikir walaupun sya tak dpt pastikan apa yg merungsingkan syaa. Sya cuba untuk kwl emosi tpi sukar. Satu mlm ni sya rasa mcm kna panic attack. Saya bergegr tgn, ngis esak² dan saya sukar kwl nafas. Adakah sya ada masalah anxiety ? Sebab kebelakangan ini sya rasa sya stress disbbkan hal peribadi dan saya sering rasa sensitif dan mudah fikir bukan2 bila termenung atau seorang . Boleh bntu sya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran yang kurang ceria dan sihat untuk kesihatan mental
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kaunseling disebabkan gejala yang dialami mengganggu kesihatan mental, aktiviti harian dan tidur anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.