
Sulit
4 tahun
Selepas kencing keluar air mani
Selepas selesai kencing secara tiba-tiba air mani terkeluar sedangkan saya kencing lawas, tiada rasa sakit ataupun meneran sewaktu kencing. Boleh saya tahu apakah puncanya???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, cairan yang keluar dari kemaluan tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Smegma iaitu sejenis kotoran yang bercampur dengan cairan tubuh normal seorang lelaki biasanya terkumpul akibat tidak berkhatan (sunat)
- Jangkitan saluran kencing juga dikenali sebagai kencing kotor
- Prostatitis iaitu akibat keradangan prostat
- Balanitis iaitu keradangan kulit zakar
- Penyakit jangkitan seksual
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna sekiranya masalah ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah