Sulit
2 tahun
Sembemit yang kerap
Salam sejahtera saya berumur 17 tahun…saya mengalami sembelit yg lama…baru-baru ini saya makan ubat sembelit…Apabila najis itu cair sperti cirit birit… Bru keluar… Saya perasan semasa ingin membuang ada yg menonjol keluar dari dubur tetapi ianya tidak berdarah adakah itu buasir? dan perut ada berbunyi sperti lapar adakah itu angin…adakah berbahaya? Rawatan seperti mana akan dilakukan? tolong jelaskan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- pemakanan yang kurang seimbang seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit.
Selain itu, anda boleh mengamalkan tabiat-tabiat berikut:
- Makan pada masa yang tetap
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Minum air dengan secukupnya
- Amalkan senaman yang seimbang - 15 hingga 30 minit sehari
- Pastikan tidur dengan secukupnya
Bagi yang menonjol, sukar untuk saya memberi diagnosis tanpa pemeriksaan dengan teliti. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.