Sulit
5 tahun
Sperma lelaki tidak aktif
Assalamualaikum doktor… Saya puan jamilah seorang isteri yg sudah mendirikan rumah tangga selama 8tahun… Tidak dikurniakan zuriat lagi.5 tahun yg lepas saya Pernh mengandung luar rahim. Satu tiub belah kiri sudah dibuang.
Saya Pernah berjumpa pakar sakit puan bersama suami dan saya.hasil pemeriksaan doktor. Doktor bagitahu yang sperma suami tidak bercantum dengan sperma perempuan.erti kata lain doktor katanya sperma lelaki tidak aktif taknak berkawan dengan sperma perempuan
Soalan saya sekarang… Adakah suami saya mandul atau macam mana? Boleh jelaskan
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar hamil ini boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Faktor perempuan - Sindrom Polisistik Ovari, masalah tiub,
- Faktor lelaki - sperma kurang aktif, kurang jumlah sperma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda dan suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.