Sulit
2 tahun
Tanda baligh belum ada sepenuhnya
Saya lelaki berumur 17 …soalan saya betulke tanda baligh tidak akan datang serentak ? Sebab saya rasa kemaluan saya belum membesar seperti orang dewasa lagi.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, semua ini adalah ciri-ciri lelaki mencapai kematangan seksual.
- Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
- Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau
- Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan
Anda juga boleh merujuk laman ini untuk memahami lebih lanjut tentang akil baligh.
Antara faktor-faktor penting kepada akil baligh adalah keturunan, hormon, berat dan lemak badan. Testosteron adalah androgen yang memainkan peranan penting pada perkembangan akil baligh lelaki, contohnya berlaku perubahan luar genital iaitu perubahan ketinggian dan suara.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat sama ada anda telah mencapai akil baligh sepenuhnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah