Sulit
3 tahun
Tempoh keberkesanan urin
Berapa lama urin blh di simpan sblm dihantar ke makmal kimia dan berapa lama utk kita tahu keputusan dr kimia dan juga adakah urin akan rosak jika di simpan terlalu lama sblm dihantar ke makmal kimia
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami akan cuba membantu anda
Untuk pengetahuan anda, anda perlu hantar sampel anda segera atau kurang dari 2 jam, kerana sampel air kencing boleh berubah menjadi alkali apabila terdedah lama ( bakteria akan menukarkan urea kepada ammonia)
Antara langkah-langkah semasa pengumpulan urin juga adalah :
- Gunakan botol bersih yang sudah dilabel nama anda.
- Basuh tangan anda menggunakan sabun.
- Bersihkan bahagian alat sulit anda dan keringkan dengan tisu bersih sebelum mengumpul air kencing.
- Jangan masukkan bahagian pertama air kencing yang keluar kerana mungkin air kencing itu sudah tercemar dengan bakteria pada kulit.
- Mula kumpul air kecing sehingga separuh penuh botol dan pastikan air kencing anda tidak terlalu sedikit atau penuh.
- Jangan memasukkan air paip atau bahan lain ke dalam sampel air kencing anda.
- Tutup penutup botol urin dengan betul dan ketat bagi mengelakkan sampel air kencing bocor.
- Tutup penutup botol urin dengan betul dan ketat bagi mengelakkan sampel air kencing bocor.
- Hantar sampel anda segera atau kurang dari 2 jam, kerana sampel air kencing boleh berubah menjadi alkali apabila terdedah lama ( bakteria akan menukarkan urea kepada ammonia).
- Beritahu doktor sekiranya anda :
- Minum terlalu banyak air atau ada mengambil ubat diuretik bagi mengelakkan air kencing anda terlalu cair (diluted).
- Makan makanan yang boleh memberi kesan pada warna urin seperti buah blackberries, buah naga, ubi beets atau ubat seperti Vitamin B, phenazopyridine(Pyridium), rifampin dan phenytoin (Dilantin).
- Sekiranya anda dalam haid atau sudah hampir datang haid.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda mendapatkan nasihat yang tepat.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.