
Sulit
4 tahun
Tiada keluar darah semasa malam pertama
Hello doktor, sy wanita berumur 26 tahun baru saja berkahwin. Semasa malam pertama, saya dapati tiada berlakunya pendarahan semasa pecah dara. Tp sy dpt rasakan yg suami sudah tusuk sedalamnya. Sblm sy berkahwin sy masih dara. Adakah perkara ini normal bg para2 wanita seperti tidak keluar cecair darah di vagina yg dianggap sebagai pecah dara seperi yg diperkatakn oleh org ramai?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya perdarahan pada malam pertama lebih sinonim dengan istilah koyakan atau trauma hymen, iaitu struktur pada pintu vagina seseorang wanita. Walaupun koyak hymen ini adalah sesuatu yang normal, ia juga boleh berlaku lebih awal misalnya dari bersukan, aktiviti yang berat, kelainan struktur kelamin atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan doktor.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan (sekiranya di dapati perlu), pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.