Sulit
3 tahun
Tonsil membengkak,mulut melepuh,demam mild on/off
hi,sejak 4 hari lalu sy mengalami radang tonsil. sy mengalami demam on/off tapi x berapa tinggi…sy telah berjumpa dengan dr dan dr telah memberikan antibiotik…sekarang ni gusi sy membengkak dan dan timbul pula ulser lidah pula mcm terluka bdn sentiasa lesu…adakah normal utk pesakit radang tonsil dan berapa lama keadaan ini akan berlanjutan kebiasaanya…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tonsil membengkak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Batu di dalam tonsil
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan kelenjar air liur
- Jangkitan telinga
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.