Sulit
3 tahun
Tonsil putih di satu bahagian,tidak sakit cuma tidak selesa..apa punca ia?
Doktor saya nak tanya,Tonsil saya tidak selesa,tapi tidak sakit…bila saya lihat ada putih di satu bahagian…tapi tidak sakit…cuma tidak selesa…apa perlu saya buat dan apa punca ia?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami faham kebimbangan anda tentang masalah ini. Untuk makluman anda, secara umum, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit seperti yang berikut:
- tonsilitis
- abses peritonsillar
- Adenotonsillar hypertrophy
- Tonsilloliths- batu tonsil
- kanser tonsil
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria .
Memandangkan adanya risiko jangkitan kuman atau virus, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor. Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda .