Sulit
3 tahun
Tonsil saya naik seperti nanah,tapi tidak sakit
Pada bulan 2 sy ade perasan saya punya tonsil naik keputihan tapi sudah amik antibiotik,pada bulan 4 muncul semula tapi lebih kepada nanah dan telah di inject dan diberi antibiotik hampir 2-3minggu…dan sekali baru semalam saya cuba korek dari tonsil dan keluar seperti tonsil stone,tonsil saya tidak sakit cuma tidak selesa,masalah tonsil on off(kejap ada kejap hilang).apa kaedah dan langkah perlu saya buat sekarang doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, kami faham kebimbangan anda tentang masalah ini. Untuk makluman anda, secara umum, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit seperti yang berikut:
- tonsilitis
- abses peritonsillar
- Adenotonsillar hypertrophy
- Tonsilloliths- batu tonsil
- kanser tonsil
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria .
Memandangkan adanya risiko jangkitan kuman atau virus, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor. Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda .