
max
4 tahun
Ujian Fungsi Hati (Penyakit Hati)
Saya lelaki berumur 20 tahun telah menjalani Ujian Fungsi Hati. Setelah keputusan keluar, saya mendapati ALT (SGPT) saya adalah 98 (Normal Range: 10-41). Adakah saya mengalami gejala penyakit hati. Saya ingin mengetahui punca, tanda dan rawatan tersebut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
SGPT tinggi tak selalu menandakan gangguan pada fungsi hati. Kemungkinan besar hati anda mengalami masalah akan tetapi, perkara itu bukan satu-satunya penyebab peningkatan enzim ini
Beberapa perkara yang boleh menyebabkan kadar SGPT menjadi tinggi selain dari penyakit hati iaitu:
- Penyakit Celiac
- Hipertiroid
- Penyakit pada otot
Jika keadaan anda disebabkan oleh masalah hati maka pemeriksaan darah lain juga akan menjadi tidak normal seperti:
- Bilirubin
- Alkaline fosfatase
- Albumin
Selain itu, gangguan fungsi hati juga akan menimbulkan beberapa gejala umum seperti:
- Cepat lelah
- Penurunan berat badan yang drastik
- Kulit dan mata berubah menjadi berwarna kuning
- Bengkak pada beberapa bahagian tubuh, seperti perut dan kaki
- Kencing mengalami perubahan warna dan menjadi lebih pekat
- Mual dan muntah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.