Sulit
3 tahun
Ulser mulut atau kanser mulut
hi doktor, saya ada masalah ulser di bibir saya ada bintik2 putih di bwh dn atas bibir saya yg menyebabkn susah nk berckp, dah 3 minggu lebih mcmtu sbb dia berselang seli seminggu baik seminggu lagi ada. bila saya cari2 mungkin tanda kanser mulut takut plk sya. apa pandangan doktor ya? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ulser dalam mulut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- hubungan seks secara oral
Jika ulser tidak sembuh setelah melebihi 2 minggu, anda hendaklah merujuk masalah ini kepada doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.