Sulit
3 tahun
Zakar saya tidak boleh lama
Nama saya Zubir duduk di negeri Johor saya ingin meminta bantuan dari dokter.setiap kali saya bersetubuh bersama isteri saya saya tidak merasa puas kerana terlalu cepat saya punya keluar air mani dan air mani saya agak sikit dan cair.saya tidak dapat untuk bertahan lama tidak sampai 1 minit pun doktor.boleh ke doktor beri saya keterangan supaya apa yang perlu saya buat untuk dapat bersetubuh dengan lebih lama
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah keluar air mani terlalu cepat dan keadaan air mani yang sikit dan cair. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, keadaan yang sedang anda lalui lebih dikenali sebagai mati pucuk atau lemah tenaga batin. Keadaan ini boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Ketidakstabilan emosi (stress)
- Pengaruh ubat-ubatan
- Ketagihan merokok
- Penyalahgunaan dadah
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit jantung
- Kerap beronani
- Makanan yang tidak seimbang
Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda dan meningkatkan kualiti air mani:
- Bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit 3 kali seminggu
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Supplements yang mengandungi vitamin C, vitamin D, dan Zinc
- Rehat dengan cukup
- Berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan alcohol
- Pengawalan emosi
Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih terperinci, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah