aqilawal

3 years

Back Pain Disease When Sleeping

hye doc, nk tahu bahaya ke kalau belakang rasa sakit mcm kena cucuk dengan jarum, kalau tidur mengiring akn rasa lenguh spd bhg tulang, seluruh bhgian kaki akn kebas kalau duduk dengan sangat lama

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Secara umumnya, sakit belakang pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal. Namun ia juga boleh berpunca dari:

  • kepenatan yang terlampau sehingga otot menjadi lemah atau terlalu tegang
  • gangguan muskuolskeletal (i.e. sprained muscle, osteoarthritis dll.)
  • jangkitan kuman (i.e. Spondylistis TB, dll)
  • gangguan saraf (i.e. lumbar disc herniation )
  • dan lain-lain

Buat sementara waktu anda boleh cuba

  • memastikan diri berada pada posisi yang betul & ergonomik apabila berkerja, duduk, baring & tidur
  • melakukan senaman dan eksesai yang menguatkan otot-otot tulang belakang (planking, strecthing dll.)
  • berehat seketika setelah lama berkerja atau berada pada posisi duduk

Namun anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:

  • sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
  • sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
  • terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / ketekalan otot pada kawasan yang sakit
  • demam atau tanda-tanda infeksi yang lain

Masih risau dengan sakit belakang/lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_161867566

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.