kylekim202
5 years
Batuk berkahak Dan Hidung tersumbat tiada deria bau
Hello doctor saya seorang wanita berumur 25 tahun Dan berkerja sebagai jurual. Sejak sebulan lebih saya mengalami batuk yang berkahak kental sampai lah sekarang saya merasa Hidung saya kerap tersumbat Tak kira waktu oleh sebab itu saya juga mengalami tiada deria bau dan sudah 1 minggu lebih saya tidak dapat menghidu makanan secara normal .saya nak Tanya doctor tentang masalah kesihatan saya ini. apa punca nya Dan bagaimana perlu saya mengatasi nya terima kasih doctor
5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan salur pernafasan dan sebagainya
Terdapat banyak jenis jangkitan dan konsultasi lanjut adalah diperlukan sebelum punca sebenar dapat dikesan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.