
Anonymous
4 years
Company suruh buat covid test
Saya lelaki berumur 34 tahun,
Kerja di shopping mall.Nak tanya kalau saya tiada symptom corona virus setakak ini, Tetapi company mengalakan semua pekerja pergi buat covid test…Boleh ke kami buat ujian itu tanpa symptom?

4 years
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, berikut adalah senarai hospital yang melakukan saringan kesihatan dan rawatan pesakit dalam bagi kes positif COVID-19 (Designated Hospital for COVID-19). Hospital kerajaan hanya memberi keutamaan untuk mereka yang berisiko sederhana tinggi dan tinggi untuk melakukan ujian. Sekiranya anda nekad, kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda boleh mengetahui risiko anda dengan melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here