Anonymous

4 years

Kolesteol dalam darah

saya lelaki 30an.,dalam sebualn ini sy mengalami kurang selera makan,kerap pening,lemah kaki dan tangan(kadang krem) dan saya membuat chekup d klinik ni bacaan;
t/chol:4.14(<5.2)
hdl:0.59(>1.2)
tg:4.12(<1.6)
chol/hdl7.0(<4)
ldl:1.66(<2.6)
glu5.2(nf)(<7.8)

adakah saya mengalami kolesteol dlm darah tinggi?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan maklumat keputusan darah yang diberikan, anda mungkin menghidap penyakit kolesterol. Namun, saya tidak boleh memberikan kesimpulan lebih mengenai keadaan anda kerana tiada maklumat kesihatan lanjut.

Secara amnya, masalah kolesterol tinggi boleh dielakkan melalui beberapa cara.

  • Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri.
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi kolesterol. Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal perlu dielakkan. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan tidak harus diambil secara berlebihan.
  • Masak dengan minyak sayuran seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Tingkatkan pengambilan serat. Serat makanan boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.