Anonymous

3 years

Masalah kulit (eczema)

Ruam dileher tiba2 muncul selepas saya memakai krim dari farmasi iaitu (krim beprosalic) Selain itu, ruam makin banyak dan gatal… Ruam itu membuatkan saya berasa gatal dan pedih dalam masa yg sama. Malah apabila bertukar kepada krim yg baru (konzert cream) leher saya jd semakin sensitif. Apa yg perlu saya buat doctor? Saya tidak mendapat tidur yg cukup kerana tak tahan dengan panas.

Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • Psoriasis
  • Dermatitis Kontak Alergi
  • Alahan ubat atau produk kecantikan
  • Dermatitis Kontak Iritan
  • Tanda-tanda awal Steven Johnson Syndrome
  • Tanda-tanda gangguan ruam yang lain

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:

  • Berhenti dari pemakaian produk yang anda rasa memicu gejala tersebut dengan segera
  • Menjauhkan diri dari punca stres
  • Minum secukupnya
  • Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Mendapatkan bantuan doktor sesegera mungkin

Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!

Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

gatal%20ori%202%20(2)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.