Anonymous
5 tahun
2 bulan tidak datang period
Saya jiha berumur 22 tahun , sudah berkahwin , perkahwinan baru 5 bulan . Saya ada mual mual dan muntah tapi sekejup , malam selalu panas dan berpeluh kuat , perut selalu kembung padahal baru aje lepas makan , sakit diari ari belah kiri , sering pening kepala , sakit pinggang , pedih hulu hati , cepat penat , nafas pendek kadang kadang , kaki sakit bile berdiri terlampau lama , ada buat upt , line samar samar tapi masih dapat dilihat , kali ketiga buat 3 hari lalu , upt menunjukkan negatif iaitu 1 line sahaja , saya ingat saya hamil , bile scan tiada kantung dilihat , yg ada cuma ketulan ( tidak pasti , cairan ) sebesar 2 cm . Doktor tidak dapat memberikan jawapan yg pasti. Saya keliru , saya takut , boleh bantu saya ? Terima kasih doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai pelbagai gejala yang mungkin saling berkaitan atau tidak. Namun begitu, bagi mengenal pasti punca gejala2 ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan.
Mengenai ujian upt dan scan yang telah anda jalani, kami juga tidak dapat memberikan jawapan tentangnya memandangkan kami tidak mempunyai maklumat tentang ujian yang telah dijalankan itu.
Saya menyarankan agar anda bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian agar pebincangan dan nasihat boleh dijalankan dengan lebih lanjut dan mendalam. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.