Farid
6 tahun
Adakah pil perancang berkesan jika dimakan selepas bersama?
Assalamualaikum…docter saya nk tnyaa saya bersama dgn isteri saya lepas tu saya lepas kan air mani saya dalam fajar isteri saya lepas tu saya tnya isteri makan tak ubat perancang isteri saya jawab lama dah tak makan lepas kami bersamu tu baru isteri saya makan pil perancang tu ,sekarang ni saya nk tahu berkesan kah kalau makan ubat perancang lepas bersama ??
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan situasi yang telah diterangkan, isteri anda berisiko menjadi hamil. Ini adalah kerana pil perancang mengambil masa hampir seminggu sebelum mampu memberikan perlindungan sepenuhnya. Oleh itu, salah satu cadangan jika telah mengamalkan hubungan seks tanpa perlindungan adalah untuk menggunakan kontraseptif kecemasan untuk mencegah kehamilan.
Kontraseptif kecemasan yang dicadangkan ialah:
1.Levonorgestrel- Ia bertindak menghalang ovulasi dan perlu diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
2.Ulipristal acetate- Ia bertindak mencegah atau menundakan ovulasi dan perlu diambil dalam jangka masa 120 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
3.Alat kontraseptif intra-rahim (IUCD)- Ia mengandungi tembaga yang membantu menghentikan telur daripada ditanam di rahim. Ia perlu dimasukkan dalam jangka masa lima hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan. IUCD adalah kontraseptif kecemasan yang paling berkesan dan paling sesuai bagi pengguna yang terlambat mengambil levonogestrel dan tidak mahu mengambil hormon.
Bagi ketiga-tiga kaedah, mereka lebih berkesan jika digunakan secepat mungkin. Oleh sebab risiko kecil kehamilan masih boleh berlaku, pengguna kontraseptif kecemasan dinasihatkan untuk berunding dengan doktor bagi tujuan pemantauan.
6 tahun
Selamat sejahtera,
Terdapat dua jenis pil perancang iaitu pil perancang sebelum hubungan kelamin dengan pil perancang selepas hubungan kelamin.
Pil perancang selepas hubungan kelamin seperti Postinor dan Escapelle mengandungi hormon progestogen yang akan membantu mencegah kehamilan. Pil-pil perancang ini hanya berkesan sehingga 72 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan. Justeru itu, pil perancang ini seharusnya diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin. Terdapat sejenis pil perancang yang baru di pasaran iaitu Ella, yang mengandungi bahan ulipristal acetate. Pil ini berkesan sehingga 120 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Pil perancang sebelum hubungan kelamin seperti Noriday, Yazmin, Rigevidon, Marvelon dan sebagainya seharusnya diambil setiap hari mengikut arahan doktor. Jika pil perancang ini tidak diambil setiap hari, maka pil ini adalah tidak berkesan untuk mencegah kehamilan. Pil perancang ini juga tidak berkesan untuk mencegah kehamilan jika diambil selepas setiap kali mengadakan hubungan kelamin. Justeru itu, jika isteri anda mengambil pil perancang tersebut selepas lama tidak mengambil ubat tersebut, pil tersebut kurang berkesan untuk mencegah kehamilan terutamanya selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Oleh itu, anda digalakkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memperoleh nasihat tentang cara pencegah kehamilan yang paling sesuai untuk anda serta isteri anda.
6 tahun
Waalaikumussalam. Terima kasih di atas pertanyaan anda. Untuk situasi anda, kaedah perancang kecemasan adalah yang paling sesuai selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan, pil pencegah kehamilan secara kecemasan boleh membantu. Ia perlu diambil dalam masa lima hari untuk ia berkesan. Ia bagi memberikan diri keyakinan dan kepastian kehamilan tidak akan berlaku. Perlu diingatkan bahawa kaedah mencegah kehamilan secara kecemasan tidak harus digunakan secara berterusan.
Jika anda ingin mencegah kehamilan secara berterusan, anda seharusnya menggunakan cara-cara seperti penggunan kondom, Intra-Uterine Contraceptive Device (IUCD), implan atau susuk pencegah kehamilan. Salah satu cara mencegah kehamilan secara kecemasan ialah dengan mengambil pil hormon yang mampu bertindak dengan segera. Namun, ia harus diambil mengikut tempoh yang ditetapkan.
Pil kecemasan dianggap selamat untuk diambil wanita dalam lingkungan usia subur, mempunyai jumlah cahaya mata yang mencukupi, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan masih belum bersedia menimang cahaya mata atau yang terlanjur dan mengadakan hubungan intim di luar nikah. Pil kecemasan wajar diambil secepat mungkin selepas mengadakan hubungan intim yang boleh menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Lebih cepat ia diambil, hasilnya lebih berkesan.