Sulit
3 tahun
Adakah Saya Boleh Menderma Sum Sum tulang
Saya Seorang remaja berumur 18 tahun.Sya mempunyai talasemia minor.Adakah saya dapat mendermakan sum sum tulang saya pada kenalan rapat saya yng menghidapi acute lymphoblastic leukaemia.Dan adakah saya akan menghadapi risiko merbahaya sebagai penderma.Harap mohon dijawab
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagi makluman anda, untuk menderma sumsum tulang mempunyai serangkaian syarat-syarat. Antaranya:
- tidak mempunyai penyakit darah (seperti talasemia)
- sumsum tulang sesuai (genetik sepadan - biasanya ahli keluarga terdekat)
- usia
- status kesihatan yang baik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.